Tracie Sinidol dan Jazmy Juma Sah Dilantik Wajah Baharu Tonton Kempen “Takde Tonton, Tak Nak Kawan”
- Atiqah Halim

- 7 hours ago
- 2 min read

Tonton melancarkan era baharu hari ini dengan mengumumkan dua nama kuat dalam dunia drama tempatan, Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, sebagai wajah rasmi platform itu. Pengumuman ini seiring dengan kempen segar yang disasarkan terus kepada generasi muda bertajuk “Takde Tonton, Tak Nak Kawan”. Kempen ini jelas mahu menjadikan Tonton satu norma sosial yang wajib ada dalam gaya hidup penonton sekarang.
Dua bintang yang pernah trending besar menerusi Hilang Dalam Rindu ini diberi mandat untuk menghidupkan pelbagai inisiatif Tonton menjelang 2026. Kempen pembuka tirai ini menonjolkan Tonton sebagai tempat lepak digital yang bukan saja fun dan santai, tetapi juga ruang untuk berkongsi moment menonton bersama geng.

Keputusan memilih Tracie dan Jazmy memang masuk akal. Tracie terus jadi perhatian sebagai pelakon muda dengan pengaruh digital yang makin meningkat, manakala Jazmy pula antara nama lelaki yang paling panas diperkatakan tahun ini. Chemistry semula jadi mereka buatkan duo ini kena tepat dengan vibe penonton muda yang sukakan sesuatu yang real dan engaging.
Aura ceria dan vibe positif mereka berdua menjadikan Tonton lebih dekat dengan dunia anak muda sekarang yang mendominasi tontonan digital. Mereka bukan sekadar jadi wajah depan tetapi turut berfungsi sebagai penghubung antara Tonton dan generasi penonton baharu yang mencari hiburan yang dekat dengan jiwa mereka.

Untuk penonton yang nak unlock lebih banyak kandungan premium, Tonton menawarkan pelan langganan mampu milik Tonton Up pada harga RM9.90 sahaja. Strim percuma pun dah best, tapi kalau nak layan all access, pelan ni memang win.
Dengan wajah baharu, semangat segar dan hala tuju lebih progresif, Tonton bersedia masuk 2026 sebagai platform hiburan yang rapat dengan gaya hidup belia Malaysia sambil kekal relevan untuk penonton setia. Lebih banyak projek, aktiviti dan kejutan bersama Tracie dan Jazmy bakal diumumkan tidak lama lagi.
Untuk info terkini dan rancangan kegemaran anda, follow Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.









Comments