top of page

Tilly Birds: Fenomena T-Pop yang Bukan Sekadar Trend

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 days ago
  • 3 min read
ree

Kalau dulu orang Malaysia fikir muzik Thailand cuma lagu TikTok viral atau OST drama sedih, sekarang dah lain. Nama Tilly Birds muncul sebagai wajah baru T-Pop moden . dan jujurnya, band ni antara sebab kenapa muzik Thailand makin diterima dan perlahan-lahan masuk playlist rakyat Malaysia. Tapi siapa sebenarnya Tilly Birds ni?


Trio yang berasal dari Bangkok ini terdiri daripada Third (Anuroth Ketlekha) sebagai vokalis utama, Billy (Nutdanai Chuchat) di posisi gitar dan produksi, serta Milo (Thuwanon Tantiwattanaworakul) sebagai drummer dan vokal latar. Nama “Tilly Birds” sebenarnya datang daripada gabungan nama Billy dan Third. Asalnya “Billy Third”, tapi mereka ubah jadi “Tilly Bird” sebab bunyi dia lebih fun, unik dan senang diingat. Band ni mula aktif secara serius sekitar tahun 2010-an dan mula mencipta nama di bawah label Gene Lab, cabang alternatif kepada gergasi muzik Thailand, GMM Grammy.


Muzik Tilly Birds bukan jenis yang boleh dikategorikan senang. Mereka campur elemen pop, rock, elektronik dan indie dalam satu bentuk yang sangat ‘mood’. Setiap lagu ada rasa mendalam dan lirik yang relatable. Bukan sekadar cinta manis, tapi juga tentang kehilangan, keraguan diri, dan perasaan stuck dalam hidup. Lagu Same Page? (คิด(แต่ไม่)ถึง) misalnya, jadi anthem untuk mereka yang masih terperangkap dengan perasaan lama, manakala Just Being Friendly (เพื่อนเล่น ไม่เล่นเพื่อน) pula jadi simbol hubungan “friends but not really friends” yang ramai anak muda boleh relate. Dalam dunia Tilly Birds, emosi tak pernah disembunyikan, dan itulah yang buat mereka dekat di hati peminat.



Apa yang menarik, Tilly Birds bukan sekadar popular di Thailand. Mereka antara band yang berjaya buka jalan untuk T-Pop perlahan-lahan diterima oleh peminat Malaysia. Bukan sebab marketing besar-besaran, tapi sebab muzik mereka sendiri yang merentas sempadan bahasa. Lagu-lagu mereka banyak dimainkan di Spotify Malaysia, trending di TikTok, dan muncul dalam playlist serantau. Ramai juga peminat K-Pop tempatan yang mula beralih atau sekurang-kurangnya tambah minat kepada T-Pop selepas discover Tilly Birds sebab sound mereka ada vibe global tapi tetap rasa lokal dan organik.


Sambutan hangat ni tak datang begitu saja. Tilly Birds pernah datang ke Malaysia untuk showcase khas mereka sendiri di The Exchange Hall, Kuala Lumpur, selain turut menyertai Banyak Bagus Festival (BBF) 2024, festival muzik serantau yang menghimpunkan artis dari seluruh Asia Tenggara. Walaupun bukan konsert stadium, kehadiran mereka masa tu memang mencuri perhatian. Crowd Malaysia hafal lirik Thai, jerit nama setiap ahli, dan vibe dia rasa macam konsert besar. Ramai yang anggap kehadiran Tilly Birds dekat BBF tu sebagai titik penting dalam perjalanan T-Pop menembusi pasaran Malaysia. Ia bukti nyata bahawa minat terhadap muzik Thailand dah bukan niche, tapi tengah berkembang dengan serius.



Faktor lain yang buat Tilly Birds diterima di Malaysia ialah cara mereka connect dengan peminat. Mereka bukan jenis artis yang jual gaya lebih daripada bakat. Bila band ini perform live, tenaga mereka memang lain. Gabungan antara charisma Third, vibe santai Billy, dan lawak spontan Milo buat crowd rasa dekat walaupun tak semua faham bahasa Thai. Dan sejak mereka mula bereksperimen dengan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris seperti Retro-39 dan kolaborasi antarabangsa macam Heaven bersama Ben&Ben dari Filipina, exposure mereka makin luas. Itu juga bantu T-Pop dilihat sebagai genre yang serius dan bukan sekadar trend sementara.


Kejayaan Tilly Birds dalam pasaran Malaysia datang pada timing yang betul. Generasi muda Malaysia sekarang dah terbuka dengan muzik luar Asia Tenggara .. dari K-Pop, J-Rock sampai C-Pop. Jadi bila muncul band Thai dengan muzik berkualiti, visual moden dan mesej emosional, naturally orang Malaysia pun akan minat. Tambah pula, banyak pengguna TikTok dan YouTube yang buat cover lagu Tilly Birds, translate lirik mereka, dan kongsi makna di sebalik setiap lagu, semua tu bantu mempercepatkan awareness T-Pop secara organik.


ree

Realitinya, Tilly Birds bukan hanya band; mereka simbol peralihan budaya pop Thailand ke pentas serantau. Mereka buktikan yang muzik Thai bukan halangan bahasa, tapi soal rasa dan emosi. Bagi peminat baru di Malaysia, Tilly Birds mungkin jadi pintu pertama untuk kenal dunia T-Pop, dan bagi yang dah lama dengar, mereka adalah bukti bahawa muzik asli akan sentiasa cari jalannya sendiri, walaupun bermula dari nama “lawak” seperti Tilly Birds.


Comments


bottom of page