top of page

Tiket PARTY ZONE Konsert Sheila Majid 40 Tahun Laris Dalam Sekelip Mata!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 17
  • 1 min read
ree

Tiket kategori Party Zone bagi konsert berskala besar ‘Sheila Majid 40 Years in Music’ kini secara rasmi habis terjual, sekali gus membuktikan keterujaan luar biasa peminat terhadap konsert yang bakal meraikan empat dekad perjalanan seni Ratu Jazz negara itu.

 

Kategori tersebut merupakan tempat duduk paling hampir dengan pentas dan menjanjikan suasana paling meriah serta intim bersama penyanyi legenda berkenaan.

 

Tiket Party Zone dilaporkan habis dijual dalam tempoh yang sangat singkat sebaik sahaja kaunter dalam talian dibuka.

 

ree

Namun, peminat masih berpeluang menyaksikan persembahan ikonik ini kerana kategori tiket lain masih tersedia tetapi semakin laris.

 

Orang ramai disarankan untuk mendapatkan tiket secepat mungkin menerusi laman rasmi www.ticket2u.com.my/sheilamajid40. 

 

Konsert ini dijangka menjadi peristiwa muzik yang penuh kenangan dan emosi, menghimpunkan lagu-lagu malar segar sepanjang karier Sheila Majid selama 40 tahun.

 

Jumpa di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 November 2025 dan jadi sebahagian dalam konsert paling bersejarah dalam industri hiburan tanah air!


ree

Comments


bottom of page