top of page

Tiket Konsert Intifada Rabbani Dijual Hari Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read
ree

Tiket bagi Konsert Intifada Rabbani kini rasmi mula dijual bermula hari ini, 31 Julai 2025, jam 10 pagi.

 

Konsert yang bakal berlangsung pada 20 September 2025 di IDEALive Arena, Petaling Jaya ini menjanjikan malam penuh zikirullah dan pengisian rohani yang menyentuh jiwa.

 

ree

Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi www.fantopia.io dan www.ticket2u.com.my/IntifadaRabbani. 

 

Harga tiket ditawarkan mengikut kategori tempat duduk bermula RM250 hingga RM258 sahaja.

 

Reka bentuk tempat duduk turut memberi perhatian kepada susun atur mengikut jantina, dengan seksyen khas untuk Muslim dan Muslimah, menjadikan konsert ini lebih inklusif dan selesa untuk semua pengunjung.

 

Dianjurkan oleh Universe Gateway dengan sokongan beberapa rakan strategik termasuk ERA, SINAR, Gempak, dan Fantopia, Konsert Intifada Rabbani dijangka menarik ribuan peminat muzik Islamik dari seluruh negara.

 

Dapatkan tiket anda sekarang! Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam penuh keberkatan ini.

ree

Comentários


bottom of page