top of page

'This Is Noryn Aziz' Tawar Malam Penuh Jiwa dan Jazz Eksklusif di DBKL

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Penyanyi jazz-R&B tersohor Malaysia, Noryn Aziz bakal mempersembahkan sebuah konsert eksklusif ‘This Is Noryn Aziz’, yang dijadual berlangsung pada 19 September 2025 di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur.

 

Persembahan istimewa hanya menyediakan 500 tempat duduk, menjadikannya pengalaman intim yang penuh makna.

 

Konsert ini diolah dalam dua babak utama iaitu Jazz & Soul dan Celebration yang menggabungkan lagu-lagu baharu seperti “Kaki Kiriku”, “Syurga Sempurna” dan “Hoore Hoore” bersama karya-karya nostalgia seperti “Fantasi O Realiti” dan “Alam Maya”.



“’This is Noryn Aziz’ ini bagi saya adalah lebih daripada sebuah persembahan konsert ia adalah ‘kisah perjalanan muzik’ saya juga ‘kisah saya melalui muzik’.

 

“Ia adalah cerminan siapa saya sebagai seorang penyanyi, wanita, dan anak seni Malaysia,”ujar Noryn.

 

Dibina atas hasrat untuk menjadikan jazz lebih inklusif dan mudah diakses, Noryn turut menjadikan pentas ini sebagai ruang buat pemuzik generasi baharu, khususnya artis wanita, untuk tampil berani dalam genre yang sering dianggap eksklusif.

 

Konsert ini menjanjikan pengalaman penceritaan muzik yang bukan hanya menyentuh, malah meraikan evolusi seni dan suara Noryn yang kini menjadi antara ikon paling dihormati dalam dunia muzik Malaysia.

 

Tiket kini boleh didapati menerusi TicketHotline. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan tiket anda segera sebelum habis terjual!


Comments


bottom of page