top of page

The Defects Dedah Realiti Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 23
  • 1 min read
ree

Tonton sekali lagi tampil dengan sebuah drama bersiri Korea yang penuh dengan debaran dan emosi mendalam.


The Defects, drama thriller aksi ini bakal mula ditayangkan pada 21 Julai dan boleh distrim serentak dengan siaran di Korea setiap Isnin dan Selasa,pada  jam 10 malam.


ree
ree

The Defects membawa penonton menyelami dunia gelap pemerdagangan kanak-kanak iaitu sebuah isu yang jarang diangkat dalam karya hiburan, namun isu ini menjadi semakin kritikal dalam realiti masyarakat moden. 


Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang dibeli secara haram oleh ibu-bapa angkat mereka dan kemudiannya terperangkap dalam jenayah pemerdagangan manusia.


ree

Kim Se-Hee yang merupakan seorang doktor ternama dan pengarah hospital berprofil tinggi. Watak ini dilakonkan oleh Yum Jung-ah. Di sebalik wajah profesionalnya, beliau merupakan ketua kepada sindiket anak angkat haram yang dikendalikan oleh Jung Hyeon iaitu lakonan DEX.


ree

Kim A-Hyeon yang dilakonkan oleh Won Jina pula muncul sebagai suara kebangkitan. Dia juga merupakan salah seorang mangsa yang berjaya melarikan diri dan kini dia memimpin anak-anak lain untuk menuntut hak serta masa depan mereka. 


The Defects merupakan adaptasi daripada webtoon popular yang pernah memenangi Best Creative Award dalam kategori webtoon di International Content Market SPP 2017. Drama ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi juga ia menyampaikan mesej yang kuat.


Kehadiran DEX dalam drama ini turut mencuri perhatian. Kemunculan semula beliau dalam arena lakonan khususnya genre thriller yang mencabar pastinya dinanti-nantikan para peminat. 


Buat peminat drama thriller ini anda boleh ikuti perkembangan terkini di semua platform media sosial rasmi @tontonmy.


Commenti


bottom of page