Taufik Batisah Bakal Gegar The Star Theatre Dalam Konsert Sulung ‘One Last Dance’
- Nurul Safiah
- 5 hours ago
- 1 min read

Penyanyi ikonik, Taufik Batisah, bakal mengadakan konsert solo sulungnya berjudul TAUFIK BATISAH: ONE LAST DANCE pada 25 Oktober 2025 bertempat di The Star Theatre, Singapura.
Konsert istimewa ini dianjurkan oleh sahentertainment sempena meraikan 20 tahun perjalanan muzik beliau yang penuh warna dan kenangan.
Sebagai penghargaan kepada peminat setia sejak hari pertama, One Last Dance menjanjikan sebuah malam penuh emosi, cerita yang belum pernah dikongsi dan persembahan lagu-lagu hit yang telah membentuk perjalanan seni Taufik selama dua dekad.

Lagu-lagu seperti I Dream, One Last dan Usah Lepaskan pasti akan mengisi malam yang dirindui oleh para peminat yang telah membesar bersama karya-karya beliau.
Taufik menyifatkan konsert ini sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang sentiasa menyokongnya dari awal hingga kini,
Tiket untuk konsert One Last Dance boleh didapati menerusi SISTIC dengan jualan praeksklusif SAH bermula 9 Julai, 10 pagi hingga 2 petang (waktu Singapura), diikuti dengan jualan umum pada hari yang sama jam 2 petang.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari bit.ly/taufikbatisahconcert.

Comments