top of page

Tanpa Billboard, Tanpa Hype, Taylor Swift Masih Menang Besar Dengan 'The Showgirl'!

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 hours ago
  • 2 min read
ree

Taylor Swift sudah sampai tahap dimana “buat apa pun jadi berita”. Baru-baru ni, penyanyi berusia 35 tahun itu lancarkan filem konsert The Official Release Party of a Showgirl tanpa promosi besar-besaran, filem ni berjaya catat kutipan hampir USD 90 juta dalam seminggu. Kemenangan besar untuk seorang artis solo yang basically “market diri sendiri”.


Konsep filem ini ringkas: gabungan konsert live, dokumentari mini, dan behind-the-scenes tentang kehidupan Taylor sebagai “showgirl” moden. Tapi yang buat ia power ialah cara dia sampaikan filem itu; intimate, raw, dan penuh personal touch.


ree

Yang lebih gila, beliau langsung tak mengguna kempen promosi besar. Tak ada talk show, tak ada poster viral, tak ada iklan YouTube. Tapi fandom beliau, aka Swifties, yang buat semua kerja promosi. TikTok, X, Instagram, semua dibanjiri dengan klip, teori, dan countdown tayangan. Power betul budaya komuniti zaman sekarang.


Kalau banding dengan Malaysia, trend ini dah mula nampak. Masa Konsert Coldplay dulu, promosi pun tak besar mana tapi tiket sold out dalam 3 jam. Sama juga dengan Konsert IU. Fandom yang gerakkan hype, bukan media arus perdana. Nampak tak pattern dia? Era “marketing by fans” tengah takeover.


ree

Taylor buktikan, bila artis bina kepercayaan dengan peminat, promosi jadi automatik. Siti Nurhaliza pun sebenarnya ada potensi sama. Kalau dia buat konsert dengan dokumentari yang real dan jujur, boleh meletup jugak. Masalahnya, ramai artis Malaysia masih takut nampak “terlalu manusia”.


Selain tu, The Showgirl ni juga bukti hiburan muzik dah cross line ke dunia wayang, bukan lagi sekadar konsert. Ia menjadi visual narrative yang fans boleh tengok berulang kali. Bayangkan kalau Dolla buat versi “Rise of the Girls” dalam bentuk filem? Mesti akan trending.


Taylor dah cipta template baru: tak perlu hype yang gila, cukup dengan fandom setia dan cerita yang authentic. Itulah marketing abad ke-21, tak perlu billboard, cukup dengan kepercayaan antara artis dengan peminat.


ree

Comments


bottom of page