top of page

BTS Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Demam BTS nampaknya bakal melanda Malaysia sekali lagi bila kumpulan K-pop terkenal dunia itu diumumkan akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur Disember depan. Berita mengenai konsert BTS ini terus buat ramai Army tempatan ‘panik manja’, lebih-lebih lagi bila TM Stadium Nasional dipilih sebagai lokasi persinggahan jelajah dunia mereka.

Kumpulan yang dianggotai Jin, J-Hope, Jimin, Jungkook, RM, Suga dan V itu dijadualkan menghiburkan peminat selama dua malam iaitu pada 12 dan 13 Disember bermula jam 7.30 malam. Memang boleh dijangka kawasan Bukit Jalil nanti akan bertukar jadi ‘lautan ungu’.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Live Nation Malaysia menerusi media sosial rasmi mereka. Untuk yang dah standby awal, jualan tiket prajualan khas Army Membership akan dibuka pada 3 Jun jam 11 pagi. Selepas itu, prajualan Trip.com berlangsung pada 4 Jun jam 9 pagi sebelum prajualan Live Nation dibuka pada hari sama jam 11 pagi.


Jualan umum pula bermula pada 5 Jun jam 11 pagi. Harga tiket ditawarkan bermula RM338 hingga RM1,288 bergantung kepada kategori tempat duduk yang dipilih. Jadi kalau nak tiket yang dekat dengan pentas, mungkin kena bersedia dari segi internet… dan mental sekali.

Kuala Lumpur juga menjadi antara lokasi penting dalam siri jelajah Asia BTS bersama beberapa bandar besar lain seperti Seoul, Tokyo, Bangkok dan Singapore. Tak hairanlah ramai peminat luar negara pun dijangka akan datang ke Malaysia semata-mata nak tengok persembahan mereka secara live.


Dalam masa sama, BTS juga masih sibuk dengan siri jelajah Amerika Utara yang bermula di Goyang, Korea Selatan bulan lalu. Kumpulan itu turut dijadual membuat penampilan khas di American Music Awards 2026 pada 25 Mei ini.


Bukan itu saja, BTS turut diumumkan bakal menyertai persembahan separuh masa 2026 FIFA World Cup bersama Madonna dan Shakira di Stadium MetLife, Amerika Syarikat pada Julai depan. Line-up itu memang cukup buat peminat muzik global tak senang duduk.


Nampaknya hujung tahun 2026 bakal jadi antara momen paling ditunggu peminat K-pop di Malaysia. Jadi Army, dah ready ke belum untuk war tiket nanti?


Comments


bottom of page