Taemin SHINee Cipta Sejarah di Coachella 2026
- Tasnim Ahmad
- Apr 10
- 2 min read
Kalau anda peminat K-pop, nama Taemin memang tak asing lagi. Kali ini, Taemin SHINee Coachella jadi topik hangat sebab dia bakal cipta sejarah sebagai artis solo lelaki Korea pertama yang buat persembahan di festival muzik paling ikonik dunia tu.

Bukan sekadar “join lineup”, Taemin akan naik pentas secara solo di Mojave Stage, Coachella, Indio, California. Dia dijadualkan perform pada 7:30 malam hingga 8:20 malam (waktu tempatan), dan akan kembali lagi untuk satu lagi show pada 18 April. Double slot, guys. Bukan biasa-biasa.
Apa yang buat ramai lagi excited, ini adalah kemunculan global besar pertama Taemin sejak dia join Galaxy Corporation iaitu agensi yang sama dengan G-Dragon. So yes, expectation memang tinggi.
Sebelum Coachella pun, Taemin dah mula “panaskan enjin”. Dia muncul di rancangan popular Amerika, The Jennifer Hudson Show, awal April lalu. Selain itu, dia juga baru drop single English pertama berjudul “Long Way Home”, lagu pop R&B yang vibes dia memang chill tapi deep.
Dekat Coachella nanti, Taemin dijangka akan perform medley lagu-lagu hit dia dan paling menarik, ada kemungkinan dia akan debut lagu baru yang belum pernah dipersembahkan sebelum ni. Confirm peminat akan tunggu momen ni.
Menurut pihak agensi, stage Taemin kali ini bukan sekadar persembahan biasa. Diorang hint yang dia akan bawakan sesuatu yang lebih artistik, almost macam sebuah karya seni atas pentas. Kalau kenal Taemin, memang tak pelik yang dia memang terkenal dengan performance yang detail, intense dan penuh konsep.
Untuk yang tak tahu, Taemin mula debut dengan SHINee sejak 2008, dan start solo career pada 2014. Sejak tu, dia memang dikenali sebagai antara performer paling kuat dalam industri K-pop.
Menariknya, Coachella 2026 juga akan menampilkan nama besar lain termasuk BigBang dan Katseye. Festival ni juga akan distrim secara langsung di YouTube, jadi peminat Malaysia pun boleh tengok tanpa perlu terbang jauh.

Akhir kata, sama ada anda peminat K-pop tegar atau sekadar suka tengok performance kelas dunia, stage Taemin kali ni memang something to look forward. So, standby YouTube, kita tengok sama-sama nanti.



Comments