Stadium Bukit Jalil Bakal Jadi Saksi Kemunculan My Chemical Romance!
- Ain Najihah
- 4 hours ago
- 1 min read

Selepas hampir 18 tahun sejak konsert terakhir mereka di Malaysia pada tahun 2007,
akhirnya band ikonik My Chemical Romance (MCR) bakal kembali untuk menggegarkan pentas Bukit Jalil pada 30 April 2026 menerusi jelajah “South East Asia 2026”.
Konsert ini menjanjikan persembahan penuh tenaga dan nostalgia buat penggemar muzik emo dan alternatif rock.
Jelajah ini akan dimulakan di Incheon, Bangkok, Bulacan, Singapura, Kuala Lumpur dan Jakarta.

Pengumuman ini telah mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat yang menantikan kemunculan semula band lagenda ini setelah sekian lama.
Peminat boleh membeli tiket di laman web ini : https://www.mychemicalromance.com/satour

Buat peminat MCR, anda perlu bersiap sedia untuk menyanyi sepenuh hati lagu-lagu ikonik seperti Welcome to the Black Parade!
Comments