top of page

Showcase ‘Dulu Kini Devotees’ Sempena 20 Tahun Perjalanan Muzik

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Setelah dua dekad mewarnai dunia muzik nasyid tanah air, kumpulan Devotees kini tampil semula ke pentas dengan penuh semangat menerusi Showcase Devotees – Dulu Kini Devotees.

 

Showcase yang penuh makna ini bakal berlangsung pada 31 Ogos 2025 di Main Auditorium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

 

Showcase ini bukan sekadar persembahan biasa, malah menjadi momen istimewa buat peminat apabila kesemua anggota asal Devotees iaitu Muhammad, Shauqi, Adi Akmal dan Halim bakal bersatu kembali, menyampaikan lagu-lagu ikonik mereka yang pernah mencorakkan era kegemilangan nasyid kontemporari sejak 2005.

 

Dimeriahkan dengan iringan muzik secara langsung (live music), persembahan ini dijangka membangkitkan semula kenangan manis peminat yang membesar dengan karya-karya Devotees dari pelbagai album sepanjang perjalanan seni mereka.

 

Tiket untuk menyaksikan Showcase Devotees – Dulu Kini Devotees boleh didapati bermula serendah RM50 hingga RM90.

 

Boleh dapatkan tiket pada 1 Julai 2025, jam 2 petang menerusi laman web rasmi www.showcasedevotees.com. 

 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia dan makna ini.

 

Meraikan 20 tahun muzik, persaudaraan dan perjuangan seni Devotees yang terus segar di hati pendengar.


Kommentare


bottom of page