top of page

“Saturday Night – Celebrating Bee Gees” Konsert Tribute Bee Gees Dari UK Bakal Temui Peminat Julai Ini

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Peminat muzik disko dan harmoni ikonik era 70-an bakal dibawa mengimbau kenangan apabila konsert “Saturday Night – Celebrating Bee Gees” berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

 

Dibawakan terus dari United Kingdom, konsert tribute ini menampilkan barisan pemuzik profesional yang akan menghidupkan semula lagu-lagu legenda Bee Gees.

 

Persembahan ini dijanjikan penuh tenaga, emosi dan nostalgia, dengan ulasan antarabangsa menyifatkan ia sebagai “superior musicianship” dan “had us dancing in the aisles!”

 

Pelbagai kategori tiket disediakan, sesuai untuk semua jenis peminat, dari tempat duduk paling premium hinggalah pilihan yang lebih mesra poket.

 

Istimewanya, pemegang kad Maybank turut menikmati diskaun sehingga 25 peratus bagi pembelian tiket, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Tiket kini boleh didapati melalui laman rasmi www.milestone-entertainment.com. 

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam penuh klasik dan magis ini terus dari UK ke Kuala Lumpur!

Comments


bottom of page