Rasai Kehebatan Muzik Tempatan di Konsert MUZIK KITA!
- Ain Najihah
- May 16
- 1 min read

Peminat muzik tanah air, anda perlu bersiap sedia! ABSOLUTE CONCERT: MUZIK KITA akan berlangsung pada 2 Ogos 2025 bertempat di Hall A, MAEPS Serdang. Konsert mega ini bakal menghimpunkan barisan artis hebat yang pastinya akan membakar semangat para penonton dengan persembahan bertenaga dan penuh emosi.
Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas termasuk Ki Misri, Mardiana, Heidi Moru, Fimie Don, Satwo, Fugō, Perry & The Band, Nadarasa, Salammusik, Monoloque, Butterfingers, dan Nosstress. Gabungan artis-artis lama dan baharu ini akan menjanjikan variasi genre yang mampu memikat hati semua peringkat umur.
Harga tiket konsert ini bermula dari RM139 hingga RM359, bergantung kepada tempat duduk yang dipilih. Tiket boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi absoluteconcert.com/tiket/
Bukan itu sahaja, peminat juga berpeluang memenangi barangan rasmi MUZIK KITA serta berjumpa dengan artis pilihan mereka secara peribadi melalui sesi bertemu mesra khas.
Ayuh, mari kita raikan muzik tempatan dan sokong artis-artis kita dalam satu konsert epik yang pasti meninggalkan kenangan manis buat semua dan jumpa anda di sana!
Comentarios