Permintaan Luar Biasa! Konsert InTeam Berpindah ke Lokasi Lebih Besar
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read
Updated: 1 day ago

Peminat setia kumpulan nasyid tersohor InTeam pasti teruja dengan perkembangan terbaharu konsert ulang tahun ke-25 mereka, Konsert Kasih Kekasih InTeam 25 Tahun. Konsert yang telah habis dijual itu kini akan dipindahkan ke lokasi yang lebih besar bagi menampung permintaan luar biasa daripada para peminat.
Konsert yang pada asalnya dijadualkan di lokasi lain kini akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Lokasi ini lebih lebih luas dan selesa untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para penonton. Tarikh konsert turut dijadualkan semula kepada 28 September 2025.
Lebih menarik lagi, penukaran lokasi ini membolehkan lebih ramai peminat untuk turut serta, kerana tiket untuk tempat duduk tambahan akan mula dijual pada 14 Jun 2025. Ini merupakan peluang keemasan buat mereka yang sebelum ini terlepas mendapatkan tiket kerana status ‘sold out’.
Konsert Kasih Kekasih bukan sekadar meraikan perjalanan 25 tahun InTeam dalam industri, tetapi juga mengetengahkan tema penuh makna iaitu “Cinta Ilahi, Sayang Nabi, Kasih Insani”. Ia menjanjikan satu malam penuh spiritual, kenangan dan persembahan yang menyentuh hati.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini!
Comments