Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun SOLD OUT Dalam Masa 2 Jam!
- kaypohmedia
- 1 day ago
- 1 min read
Fenomena! Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun telah mencatat sejarah tersendiri apabila tiketnya habis terjual dalam masa hanya dua jam selepas dibuka untuk jualan.

Konsert ini yang bakal meraikan 25 tahun perjalanan seni kumpulan nasyid tersohor Inteam, nyata dinanti-nantikan para peminat setia mereka. Sambutan luar biasa ini membuktikan bahawa aura Inteam masih utuh dan relevan dalam dunia hiburan tanah air.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu daripada semua peminat dan rakan media. Dalam masa yang sama, mereka juga memohon maaf kepada yang tidak sempat mendapatkan tiket, dan menasihatkan agar sentiasa mengikuti saluran rasmi untuk sebarang pengumuman lanjut.
Konsert yang dijadual berlangsung dalam suasana penuh nostalgia dan kasih sayang ini dijangka menjadi antara acara nasyid paling bersejarah tahun ini. Adakah akan ada second show? Sama-sama kita nantikan!
Comments