top of page

Inteam Sambut 25 Tahun dengan Konsert “Kasih Kekasih” di Zepp KL

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Selepas dua dekad setengah mewarnai dunia muzik nasyid tanah air, kumpulan Inteam bakal mengadakan sebuah konsert istimewa berjudul “Kasih Kekasih” pada 27 September 2025, jam 8 malam bertempat di lokasi berprestij, Zepp Kuala Lumpur.

 

Lebih daripada sekadar persembahan, konsert ini akan menjadi wadah meraikan cinta yang paling agung, kasih kepada Allah, rindu kepada Nabi, dan sayang sesama insan.

 

Dengan tema menyentuh hati, “Cinta Ilahi, Sayang Nabi, Kasih Insani” Inteam menjanjikan sebuah malam yang sarat dengan mesej dakwah, nostalgia dan elemen kerohanian yang meresap jiwa.

 

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 23 Mei jam 3 petang menerusi laman web rasmi kasihkekasih.com.

 


Harga tiket bermula serendah RM100 hingga RM258, bergantung kepada pilihan tempat duduk yang disediakan secara berperingkat dan mengikut pengasingan jantina serta keluarga.

 

Bagi peminat yang membesar bersama lagu-lagu seperti Kasih Kekasih, Iman Aman, dan Nur Kasih, inilah peluang untuk menghidupkan semula kenangan sambil menyemarakkan cinta yang hakiki dalam suasana yang lebih bermakna.

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah ini, Inteam, 25 tahun, satu cinta, satu perjuangan.

Comments


bottom of page