top of page

Pentas Healing 8.0 Kembali Gegarkan Midtown Perda, Pulau Pinang Julai Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 19
  • 1 min read

Peminat acara muzik dan puisi penuh emosi kini boleh mula menghitung hari apabila Pentas Healing 8.0 kembali menemui peminat utara pada 6 Julai di Midtown Perda, Pulau Pinang!

 

Acara anjuran Gamon Society ini dijangka sekali lagi menjadi malam yang “merawat luka yang siang sembunyikan”, membawa tema puitis dan healing yang menjadi identiti kuat Pentas Healing.

 

Barisan artis yang bakal mengisi malam penuh emosi ini termasuklah Iamneeta, Irean Haris, Muah!, Dee Razif, Gatera, dan Two Thousand Boy.

 

Acara yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.30 malam ini bakal menawarkan dua zon istimewa untuk penonton iaitu Zon Healing RM64 dan Zon Move On RM49.

 

Penganjur turut mengingatkan semua peminat, atau lebih dikenali sebagai Gamongers, untuk mendapatkan tiket mereka lebih awal di platform rasmi www.ticket2u.com.my, kerana acara ini dijangka menarik kehadiran ramai peminat setia yang merindui pengalaman pentas yang mendalam dan menyentuh jiwa.

 

Semua maklumat lanjut serta perkembangan terkini acara boleh diikuti melalui Telegram rasmi “Gamonsocietyshow”.

 

Jangan lepaskan peluang dan nikmatilah malam buat yang pura-pura kuat.



Comments


bottom of page