Patahati Universe Kembali Gegarkan Melaka Ogos Ini!
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Perayaan Patahati Universe bakal kembali menemui peminat pada 23 Ogos 2025 di Panggung Bangsawan Melaka dengan barisan artis popular yang dijangka mengubat hati yang pernah terluka!
Acara yang mendapat jolokan sebagai “himpunan warga patahati negara” ini menjanjikan malam penuh emosi, seni dan muzik yang menyentuh jiwa.
Antara nama besar yang akan membuat persembahan termasuk kumpulan sensasi Kucaimars, Rijeu, Noh Salleh, band indie terkenal Cherpen dan ramai lagi.
Tiket pre-sale telah mula dijual pada 30 Mei lalu, manakala jualan umum bermula 6 Jun jam 10 pagi di laman rasmi www.ilassotickets.com
Peminat digalakkan membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana tempat adalah terhad.

Dengan gabungan persembahan muzik, visual kreatif dan suasana penuh magis, Perayaan Patahati Universe 2025 bukan sekadar konsert, tetapi satu pengalaman seni yang meraikan rasa, rindu dan pemulihan hati.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai komuniti yang memahami erti patah hati dan bagaimana untuk bangkit darinya.

Comments