OZORA: Kisah Nyata Penganiayaan Brutal Jadi Filem Mengejutkan Malaysia
- Atiqah Halim

- 1 hour ago
- 2 min read

Kisah tragis David Ozora yang dianiaya sehingga koma pada 2023 kini diangkat ke layar perak dengan filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel. Filem ini bukan sekadar menceritakan kejadian jenayah, tetapi menyingkap isu keadilan, penyalahgunaan kuasa dan suara rakyat yang sering diketepikan.
Diarahkan oleh duo pengarah terkenal, Anggy Umbara dan Bounty Umbara, projek ini menandakan kerjasama semula mereka selepas sekian lama tidak mengarah bersama. Filem ini diterbitkan dengan sokongan beberapa rumah produksi seperti VMS Studio, 786 Entertainment, Rumpi Entertainment, Makara Production, A&Z Films serta Dbay Film Factory.

Menurut Anggy Umbara, filem ini bukan sekadar menceritakan penganiayaan David, tetapi lebih kepada perjalanan psikologi dan spiritual seorang bapa yang melihat anaknya dianiaya oleh anak seorang pegawai tinggi negara. “Ramai yang tak tahu, peluang hidup David cuma dua peratus. Kisah ini benar-benar menggoncang Indonesia,” jelasnya.
Ozora membawa penonton menyelami perjuangan Jonathan Latumahina (lakonan Chicco Jerikho) menegakkan keadilan dalam sistem perundangan yang berat sebelah. Pelaku, Dennis (lakonan Erdin Werdrayana), mendapat layanan istimewa kerana pengaruh bapanya, seorang pegawai kanan Jakarta Selatan. Bersama sahabatnya, Melissa (Tika Bravani) dan Rustam (Rizky Hanggono), Jonathan terus memperjuangkan hak anaknya sementara masyarakat awam turut menyokong melalui doa bersama dan solidariti.

Chicco Jerikho mengakui wataknya sebagai Jonathan antara paling mencabar dalam kariernya. “Walaupun bukan filem aksi, watak Jonathan sarat dengan emosi dan tenaga. Kedekatan dengan kes nyata membuatkan perasaan saya berat, tetapi itu yang memaksa saya kekal setia kepada realiti watak,” ujarnya.
Filem ini juga mengetengahkan kesan psikologi penganiayaan bukan sahaja terhadap mangsa tetapi keluarga dan masyarakat sekeliling. Ia menjadi peringatan bahawa suara rakyat penting, dan ruang digital serta awam boleh dimanfaatkan untuk menentang ketidakadilan.

Barisan pelakon lain termasuk: Chicco Jerikho, Muzakki Ramdhan, Erdin Werdrayana, Tika Bravani, Donny Damara, Annisa Kaila, dan Mathias Muchus. Filem ini dijadualkan tayangan di seluruh pawagam Malaysia 22 Januari 2026.









Comments