top of page

Bloodhounds Season 2 Kembali 3 April, Rain Jadi Villain Baharu

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 days ago
  • 2 min read

Bloodhounds Season 2 akhirnya ada tarikh rasmi dan ya, kali ini memang nampak lagi ganas daripada musim pertama. Drama aksi popular di Netflix ini akan mula distrim secara global pada 3 April, dengan Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi kembali sebagai duo peninju setia yang kita kenal.


Kalau musim pertama buat ramai penonton stres tengok dunia along haram, musim kedua pula naik taraf ke level antarabangsa. Kali ini, mereka berdepan liga tinju bawah tanah global, tempat duit dan keganasan jadi ‘raja’.


Watak Kim Gun Woo lakonan Woo Do Hwan dan Hong Woo Jin yang dimainkan Lee Sang Yi masih kekal dengan chemistry yang buat ramai cair. Bezanya sekarang, impian Gun Woo bukan sekadar bertahan hidup tapi dia nak jadi juara tinju sebenar.


Woo Jin pula setia di sisi sebagai jurulatih dan sahabat. Hubungan mereka masih jadi nadi utama cerita. Siap ada janji yang cukup emosi: untuk terus bersama sampai ke akhir hayat.


Nampak macam manis? Jangan selesa sangat.


Musim kedua ini jadi lebih menarik bila Rain sertai barisan pelakon sebagai Baek Jeong, antagonis baharu yang kuasai liga tinju haram tersebut.


Baek Jeong bukan jenis villain yang banyak cakap kosong. Dia dominan, berpengaruh dan digerakkan sepenuhnya oleh wang. Malah, juara pun boleh ‘rebah’ di tangan dia. Bila Gun Woo jadi sasaran seterusnya, jelas pertarungan kali ini bukan biasa-biasa.


Daripada teaser poster sampai ke trailer, vibe dia memang lebih gelap. Gun Woo dan Woo Jin kelihatan lebam dan berdarah, tapi masih berdiri. Tagline “Bite down & protect to the bitter end” pun dah cukup bagi hint yang mereka takkan undur walau apa jadi.


Untuk yang mungkin terlupa, musim pertama Bloodhounds yang ditayangkan pada 2023 berjaya tarik perhatian peminat K-drama aksi dengan kisah dua peninju muda menentang sindiket pinjaman wang haram.


Sekarang, skala cerita berkembang. Bukan lagi sekadar isu tempatan, tapi jaringan pertarungan bawah tanah bertaraf antarabangsa. Stakes lebih tinggi. Risiko lebih besar. Dan musuh jauh lebih kejam.


Soalan dia sekarang, cukup kuat ke Gun Woo dan Woo Jin untuk bertahan dalam dunia yang semuanya boleh dibeli dengan duit?


3 April nanti, kita tengok sama-sama.



Comments


bottom of page