top of page

BIGBANG Sah World Tour 20 Tahun Debut

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Berita yang buat VIP terus meremang, BIGBANG world tour 20 tahun akhirnya disahkan! Kumpulan legenda K-pop ini bakal kembali ke pentas global sempena ulang tahun debut mereka yang ke-20 tahun ini.


Pengumuman dibuat oleh Yang Hyun-suk menerusi blog rasmi YG Entertainment. Menurutnya, persetujuan sudah dicapai bersama ahli BIGBANG untuk mengadakan konsert, dan seluruh pasukan produksi sedang bersiap untuk menjayakan persembahan terbaik.


Sejak debut pada 2006, BIGBANG dikenali sebagai antara kumpulan generasi kedua paling berpengaruh dengan lagu ikonik seperti “Lies,” “Haru Haru,” “Last Farewell,” dan “Loser.” Kali terakhir mereka melancarkan muzik baharu ialah “Still Life” pada 2022, jadi tak hairanlah comeback kali ini dianggap momen besar buat peminat.


Ahli seperti G-Dragon, Taeyang dan Daesung sebelum ini sudah beri bayangan mahu kembali aktif sebagai kumpulan. Malah, mereka sempat tampil bersama di MAMA Awards 2024, yang terus mencetuskan spekulasi reunion.


Lebih menarik, BIGBANG juga dijadualkan membuat persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival bulan depan, satu lagi pentas besar yang dijangka jadi tumpuan global.


Dalam masa sama, YG turut mengumumkan perancangan untuk artis lain seperti BABYMONSTER dan TREASURE yang bakal tampil dengan album baharu tahun ini.


Apa pun, world tour ini bukan sekadar konsert biasa, ia simbol kebangkitan semula BIGBANG selepas hampir dua dekad dalam industri. Sekarang persoalan paling penting untuk peminat Malaysia: ada harapan tak kita dalam senarai jelajah nanti?



Comments


bottom of page