Noh Salleh Buat Penampilan Istimewa di Konsert ‘Violet Skies’ Dato’ Sri Siti Nurhaliza Julai Ini
- Nurul Safiah
- Jun 17
- 1 min read

Teka-teki mengenai artis jemputan istimewa untuk konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila nama penyanyi dan pemuzik tersohor, Noh Salleh disahkan bakal membuat penampilan eksklusif di konsert tersebut.
Konsert Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live in Arena of Stars yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai 2025 di Arena of Stars, Resorts World Genting ini menjanjikan malam penuh magis.
Konsert mega ini merupakan sebuah konsert sempena ulang tahun ke-30 Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam industri.

Dari Cindai, Bukan Cinta Biasa, hingga ke Seindah Biasa, malam yang penuh magis ini kini kembali menghangatkan pentas dengan konsert berskala besar.
Peminat juga digalakkan untuk hadir dengan mengikut kod pakaian rasmi konsert iaitu purple & white atau purple & black, sejajar dengan tema “Violet Skies” yang penuh elegan dan misteri.

Tiket bagi konsert ini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.myticket.asia atau dengan harga istimewa buat ahli Resorts World Genting.
Tinjauan semasa menunjukkan tiket laris bagaikan goreng pisang panas, membuktikan keghairahan luar biasa peminat untuk menyaksikan penyanyi kesayangan negara beraksi secara langsung.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai sendiri keajaiban suara dan aura Dato’ Sri Siti Nurhaliza, diserikan pula dengan kemunculan Noh Salleh yang pasti menambah dimensi baru kepada konsert dua malam ini!

Comments