top of page

NMIXX Gegar Kuala Lumpur 31 Ogos Ini! Konsert Eksklusif Dijangka Pecah Panggung

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Kumpulan sensasi K-Pop NMIXX bakal menggegarkan pentas Malaysia menerusi persembahan eksklusif mereka dalam K-Wave Super Concert!

 

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos 2025 di Idea LIVE Arena, 3 Damansara, jam 6:00 petang.

 

Dikenali dengan keunikan gaya muzik mereka yang dikenali sebagai “MIXX POP” dan penampilan fesyen berani, NMIXX bersedia untuk menghidangkan sebuah persembahan penuh gaya, energi dan kepelbagaian genre yang dijangka akan memukau peminat tempatan,

 

Antara lagu popular yang dijangka menggamatkan pentas termasuk debut ikonik mereka “O.O”, diikuti “DICE”, “Love Me Like This”, “Young, Dumb, Stupid”, “DASH” dan “Soñar (Breaker)”.

 

Setiap lagu membawa elemen tersendiri yang menunjukkan kehebatan vokal, koreografi dan daya tarik visual NMIXX yang tiada tandingan.

 

“Kami amat teruja membawa NMIXX ke Kuala Lumpur. Energi mereka luar biasa, bakat mereka tidak dapat disangkal dan kalau anda tidak hadir, anda mungkin terlepas acara K-Pop paling hangat tahun ini,” kata Rizal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia.

NMIXX bukan asing lagi dalam kalangan peminat global, setelah melakar kejayaan menerusi jelajah “NMIXX CHANGE UP: MIXX LAB” di Australia dan Bangkok serta muncul di pentas utama Music Bank World Tour (Madrid) dan KCON LA.

 

Kini, giliran peminat Malaysia pula untuk merasai kehebatan mereka secara langsung.


 


Comments


bottom of page