Nifra Gegar Kuala Lumpur dengan Konsert 360 Madness Pertama di Asia!
- Nurul Safiah
- 7 days ago
- 1 min read

Peminat muzik elektronik di Malaysia bakal menikmati malam penuh gegaran apabila DJ antarabangsa Nifra memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama di Asia untuk siri jelajah 360 Madness!
Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 16 Ogos 2025 di Vox Live Kuala Lumpur di bawah platform Pinkfish Arena.
Nifra, yang terkenal dengan gabungan trance dan techno dinamik, menjanjikan pengalaman audio visual luar biasa yang belum pernah disaksikan di rantau ini.
Persembahan kali ini turut disokong oleh barisan DJ hebat tempatan termasuk Dirty Signal, Chukiess & Whackboi, Mister Ariffin, Mr Yang dan Yusef Kifah.

Tiket konsert boleh didapati di www.pinkfishfestival.com dengan harga bermula serendah RM88 untuk Early Bird dan mencecah RM168 bagi VIP.
Tempat duduk VVIP juga disediakan dengan tempahan khas melalui talian 012-265 5783.
Jangan lepaskan peluang merasai sendiri kehangatan 360 Madness bersama ribuan peminat yang lain. Bersedia untuk ‘go mad’ bersama Nifra di Pinkfish Arena!

Comments