top of page

Rakyat Malaysia Tunjuk Sokongan Melalui Kempen ‘Blood Brothers Road to 100 Juta’ di Media Sosial

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Apr 17
  • 1 min read


Blood Brothers: Bara Naga bukan main-main! Selepas pecah panggung dengan kutipan RM21 juta, kini filem aksi tempatan paling panas ini terus meledak dengan sokongan luar biasa dari netizen melalui kempen viral #RoadTo100Juta.

 

Kempen tersebut menyaksikan ribuan pengguna di platform seperti TikTok, X, dan Instagram memuat naik video reaksi, suntingan kreatif serta parodi babak-babak filem tanpa sebarang arahan rasmi atau promosi berbayar, mencerminkan impak mendalam yang ditinggalkan filem arahan Syafiq Yusof itu terhadap penonton.

 

Antara momen yang mencuri tumpuan ialah ketika sesi Jelajah Bara Naga di Shah Alam baru-baru ini, di mana para pelakon dan peminat melaungkan slogan “Cari 100 million tu, sampai dapat!” yang menyemarakkan lagi semangat kempen tersebut. Video detik tersebut turut mendapat ribuan tontonan dan perkongsian di TikTok.

 



Di ruangan komen media sosial rasmi, peminat meluahkan sokongan padu dan harapan agar Blood Brothers: Bara Naga menjadi filem aksi pertama tempatan yang menembusi kutipan RM100 juta, sekali gus mencipta sejarah baharu dalam industri perfileman negara.

 


Filem ini dianggap sebagai penanda aras baharu dalam genre aksi Malaysia, dengan gabungan sinematografi yang memukau, aksi mendebarkan serta jalan cerita yang menyentuh emosi.

 

Masih ditayangkan di pawagam seluruh negara, jadi jangan tunggu lagi. Serbu pawagam berdekatan dan jadi sebahagian dari sejarah filem tempatan. Jom bantu Blood Brothers: Bara Naga capai RM100 juta, kita buat sama-sama!



 
 
 

Comments


bottom of page