top of page

Nadhif Basalamah Umum Jelajah ‘Menjaga Hati Tour 2025’ di Malaysia dan Singapura

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu sensasi dari Indonesia, Nadhif Basalamah, bakal menjelajah Asia Tenggara menerusi ‘Menjaga Hati Tour 2025’ yang akan berlangsung pada bulan September ini.

 

Jelajah tersebut akan menyaksikan Nadhif menemui peminat di Kota Kinabalu pada 10 September, Kuala Lumpur pada 11 September, dan Singapura pada 12 September.

 

Berita ini disambut penuh keterujaan oleh para peminat, apatah lagi Nadhif dikenali dengan karya-karya puitis dan balada emosi yang menyentuh hati, termasuk lagu popularnya penjaga hati.

 

Penyanyi muda ini turut meluahkan rasa terujanya untuk berjumpa peminat dan membina hubungan yang lebih erat bersama mereka.

 

“Ia satu impian bagi saya untuk menjelajah dari satu kota ke kota lain dan menjalin persahabatan dengan peminat. Saya harap dapat jumpa semua tidak lama lagi,” tulis Nadhif di laman media sosialnya.

 

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 7 Julai 2025, jam 9 pagi, dan peminat sudah boleh membuat RSVP melalui pautan rasmi laylo.com/bbe/menjagahati.

 

Lokasi penuh dan maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi menerusi laman rasmi jelajah tersebut dan media sosial Nadhif.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan penuh emosi dan magis daripada Nadhif Basalamah dalam siri jelajah ‘Menjaga Hati’ yang dijangka menjadi salah satu konsert paling dinanti tahun ini di rantau ini.

Comments


bottom of page