top of page

Misha Omar Umum Konsert Berskala Besar November Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 14
  • 1 min read


Penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar hari ini mengumumkan bahawa beliau bakal mengadakan sebuah konsert berskala besar pada bulan November ini!

 

Dalam satu hantaran video di Instagram, Misha memaklumkan bahawa keputusan mengadakan konsert itu telah dibuat sebulat suara bersama pasukannya.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa pengumuman awal ini bertujuan memberi masa yang mencukupi kepada peminat untuk merancang kewangan, cuti dan persediaan lain.

 

“Konsert ini lebih besar dari Jiospace. Harga tiket pun pelbagai, ada murah, mahal, dan ada juga pakej istimewa termasuk sesi ‘meet and greet’,” ujar Misha.

 



Menurutnya, sesi ‘meet and greet’ pada awalnya tidak dirancang, namun beliau mengubah fikiran kerana merasakan konsert ini adalah momen istimewa dan sangat peribadi buat dirinya serta peminat.

 

Menolak lokasi-lokasi gergasi seperti Axiata Arena, Misha menegaskan bahawa beliau mahukan suasana yang lebih intim untuk mengekalkan hubungan akrab bersama peminat.

 

“Axiata terlalu besar buat saya. Saya perlukan suasana yang lebih dekat dan mesra bersama peminat.

 

“Kalau anda sukakan lampu dan LED di Jiospace tempoh hari, kali ini kami akan gandakan impaknya,” katanya penuh semangat.

 



Tambah beliau lagi, konsert kali ini akan menampilkan banyak lagu-lagu miliknya, dan beliau tidak akan membuat kemunculan sebagai artis jemputan di konsert lain bagi memastikan eksklusiviti persembahannya kepada peminat yang membeli tiket.

 

“Saya mahu beri persembahan terbaik, saya akan mula latihan bersama Datuk Syafinaz dan mula menjaga pemakanan serta kembali ke gim.

 

“Saya sayang kamu semua. Saya lakukan ini semua untuk memperjuangkan hubungan kita. Jumpa di November!” tambahnya.


Comments


bottom of page