top of page

Midnight Fusic Tampil Dengan Forevermore 2025 Raikan 10 Tahun Perjalanan Muzik

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Setelah sedekad menakluk pelbagai pentas dalam dan luar negara, kumpulan muzik alternatif popular Midnight Fusic akhirnya bakal tampil dengan konsert solo perdana mereka bertajuk “Midnight Fusic Forevermore 2025”, yang akan berlangsung pada 14 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.00 malam.

 

Dianjurkan oleh OYOLLO ASIA, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan biasa, tetapi merupakan perayaan 10 tahun perjuangan Midnight Fusic dalam industri muzik tempatan.

 

“Ini bukan sekadar gig lain; ia adalah lembaran baru untuk Midnight Fusic,” kata Arif Kamarudin, vokalis kumpulan itu.

 

Midnight Fusic, yang ditubuhkan pada 2013, sudah mencipta nama menerusi genre rock alternatif yang dinamik dan lirik penuh emosi.

 

Mereka pernah tampil di pentas berprestij seperti We The Fest di Indonesia, Baybeats di Singapura, serta menjadi pembuka tirai untuk Boys Like Girls Comes To Asia dan LANY Live In Kuala Lumpur.

 

Terbaharu, mereka turut mewarnai pentas antarabangsa seperti Incheon Record Platform dan Newtro Rhythm Global Music Tour 2024 di Korea Selatan.


 

Konsert ini bakal menjadi kesinambungan kepada kejayaan pelancaran EP Modus Operandi pada Mei lalu.

 

Tiket akan mula dijual 14 Julai ini pada jam 3 petang menerusi platform Ticket2u.

 

Raikan 10 tahun kita bersama Midnight Fusic Forevermore 2025!



Comments


bottom of page