top of page

MEW Umum Konsert Perpisahan, Sambut 30 Tahun Perjalanan Muzik

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 3 days ago
  • 1 min read


Kumpulan rock dari Denmark, MEW, bakal mengadakan konsert perpisahan mereka di Malaysia pada 12 November 2025 di Zepp Kuala Lumpur, bersempena ulang tahun ke-30 perjalanan seni mereka.

 

Konsert yang diberi nama “MEW: The Farewell Shows” merupakan sebahagian daripada siri persembahan terakhir band tersebut menjelang pengunduran vokalis utama, Jonas Bjerre.

 

Dalam satu hantaran menyentuh hati di Instagram rasmi mewofficial, tahun 2025 menjadi detik bermakna apabila vokalis utama Jonas Bjerre, yang akan mengakhiri perjalanan seninya bersama MEW, menjadikan siri konsert ini sebagai penghormatan terakhir kepada peminat yang telah menyokong mereka.

 

Menurutnya, keputusan ini dibuat selepas menyedari bahawa sudah tiba masa untuk beliau meneroka perjalanan baharu dan memberi fokus kepada projek lain.

 

MEW, yang dianggotai oleh Jonas Bjerre, Johan Wohlert (bass), dan Silas Jorgensen (dram), telah memukau peminat di seluruh dunia dengan gaya muzik yang unik, gabungan elemen etereal, vokal tinggi dan susunan muzik bersifat sinematik.

 

Tiket boleh didapati menerusi laman web CloudJoi dengan harga bermula RM218 hingga RM248, manakala pakej VIP Box yang boleh menempatkan sehingga empat orang ditawarkan pada harga RM1,200.

 

Jangan lepaskan peluang terakhir anda!

댓글


bottom of page