top of page

MAMA Awards 2026 Bakal Menggegarkan Osaka November Ini

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Mar 31
  • 1 min read

Peminat K-pop, standby! MAMA Awards 2026 sah kembali ke Osaka, Jepun pada November ini dan seperti biasa, event ni memang antara yang paling ditunggu setiap tahun.


Untuk edisi kali ini, acara gilang-gemilang tersebut akan berlangsung pada 20 dan 21 November di Kyocera Dome Osaka. Menariknya, ini bukan kali pertama venue ni jadi lokasi pilihan. Sebelum ni, MAMA Awards pernah diadakan di sini pada tahun 2022 dan 2024.


Kalau korang follow industri K-pop, mesti tahu yang MAMA Awards bukan sekadar majlis anugerah biasa. Bermula sejak 1999 sebagai Mnet Video Music Awards, acara ni dah berkembang jadi antara pentas terbesar untuk artis Korea dan fandom global berkumpul.


Apa yang buatkan MAMA Awards sentiasa hype? Sudah tentu lineup persembahan, kolaborasi luar jangka dan momen viral yang sering jadi bualan. Setiap tahun mesti ada je performance yang buat peminat replay berkali-kali.


Untuk tahun 2026, penganjur CJ ENM dah bagi hint awal dimana mereka nak bawakan pengalaman yang lebih besar, gabungan event fizikal dan juga digital supaya peminat seluruh dunia boleh join sama. Maksudnya, walaupun tak terbang ke Osaka, masih boleh rasa vibes dia.


Dengan pengalaman lebih dua dekad menganjurkan acara ni, ramai jangka edisi kali ini bakal jadi satu lagi turning point untuk MAMA Awards. Persoalannya sekarang, siapa yang akan perform dan siapa bakal sapu anugerah?


Kalau ikut trend sebelum ni, tak mustahil kita akan nampak nama-nama besar K-pop buat comeback stage atau collaboration special yang tak pernah dibuat sebelum ini.


Apa pun, November nanti memang bulan wajib untuk K-pop fans alert. Siap sedia untuk malam penuh drama, fesyen luar biasa dan persembahan yang confirm trending.

Comments


bottom of page