Maher Zain Kembali ke Asia Tenggara: Tiga Destinasi di Malaysia dan Singapura
- Nurul Safiah
- 6 hours ago
- 1 min read

Penyanyi terkenal antarabangsa, Maher Zain, bakal kembali mengubat rindu peminatnya di Asia Tenggara apabila beliau mengumumkan siri jelajah terbaharunya di rantau ini pada Ogos 2025!
Menerusi hantaran di laman media sosial rasminya, Maher meluahkan rasa teruja untuk bertemu semula dengan para peminat di Malaysia dan Singapura.
“Tempat yang sentiasa membuatkan saya rasa seperti di rumah,” ujanya.
Siri konsert kali ini bakal menyaksikan tiga lokasi utama, bermula di Kuala Lumpur pada 16 Ogos bertempat di Stadium Hoki Nasional, diikuti Singapura pada 21 Ogos di The Star Theatre.
Sebelum menutup tirai, beliau akan berada di Sabah pada 23 Ogos di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Bagi peminat yang ingin mendapatkan akses awal ke tiket, pendaftaran pra-jualan kini dibuka di laman web rasmi maherzainseatour.com dan akan ditutup pada 11 Jun 2025 jam 12:00 tengah hari.
Para peminat diseru untuk mendaftar segera dan bersiap sedia menyambut kehadiran bintang kelahiran Lebanon ini yang bakal membawa mesej damai dan kasih sayang menerusi muzik.
Comments