top of page

Macfest 2025 Gegar MAEPS Serdang, Tiket Kini Laris Dijual

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Pentas emosi dan kenangan bakal dihidupkan semula menerusi Macfest 2025 yang membawa tema “Pentas Untuk Luka Yang Pernah Singgah”, bertempat di MAEPS Serdang, Hall C.

 

Festival muzik ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 12 Julai dan dijangka menjadi antara acara paling dinanti tahun ini oleh peminat muzik tempatan.

 

Gabungan artis seperti Hazama, 6ixth Sense, Hyper Act, Cherpen dan IamNeeta bakal menyajikan persembahan istimewa yang mengimbau kembali detik-detik luka, harapan dan perasaan yang pernah singgah dalam hidup para pendengar.

 

Tiket ke acara ini kini sedang laris dijual dan sambutan luar biasa daripada peminat menunjukkan keterujaan mereka terhadap barisan persembahan yang ditawarkan.

 

Tiket promosi turut ditawarkan kepada peminat yang ingin merasai pengalaman istimewa Macfest 2025 dengan harga yang lebih berbaloi.

 

Jangan lepaskan peluang untuk rebut tiket promosi ini sebelum ia habis dijual!

 

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari pautan rasmi yang tersedia di media sosial rasmi mereka.

 

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehangatan dan aura muzik lokal yang penuh jiwa dalam Macfest 2025.



Comments


bottom of page