top of page

Lee Soo-Hyuk Akan Temui Peminat Malaysia di Pavilion KL!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Khas buat peminat K-Drama dan peminat setia Lee Soo Hyuk! Ini adalah berita yang anda nanti-nantikan! Samsung Malaysia akhirnya mengesahkan bahawa pelakon dan model terkenal Korea, Lee Soo Hyuk akan hadir ke Kuala Lumpur bulan ini sempena acara eksklusif Galaxy Unfolds Roadshow.


Bintang kacak yang dikenali menerusi drama seperti Doom at Your Service dan The Scholar Who Walks the Night ini bakal menyerikan Pavilion KL pada 16 Julai 2025, dan anda berpeluang melihatnya secara langsung!


Lebih menarik lagi, Samsung Malaysia turut membuka peluang eksklusif untuk 9 peminat bertuah bertemu dengan Lee Soo Hyuk secara peribadi.


Anda bukan sahaja dapat melihatnya dari dekat, tetapi juga berpeluang bergambar bersama bagi mengabadikan momen istimewa ini.


Daripada skrin terus ke dunia nyata,  Samsung Malaysia memberikan peluang eksklusif kepada 9 peminat bertuah untuk berjumpa dengan Lee Soo Hyuk secara bersemuka. 


Berikut adalah cara penyertaannya:



Lee Soo Hyuk dijangka muncul pada 16 Julai pada jam 3:30 petang, jadi pastikan anda tiba awal untuk dapatkan tempat yang terbaik menyaksikan kemunculan sulungnya di Malaysia tahun ini!


Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk melihat secara dekat aura bintang Korea ini!

Comentários


bottom of page