top of page

Lawak Jadi Lagu, Morgan Jay Bakal Buat Penonton KL Ketawa Tanpa Henti

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 1 day ago
  • 3 min read
ree

Kalau FYP korang penuh dengan video autotune kelakar tentang dating, awkward moments dan crowd work yang tiba tiba jadi lagu, congrats. Morgan Jay akhirnya nak datang Kuala Lumpur.


Sensasi digital dan komedian muzik viral ini bakal buat debut pertama di Malaysia menerusi Goofy Guy Tour yang juga menandakan permulaan jelajah Asia Pasifik beliau. Morgan Jay dijadualkan naik pentas di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 17 November 2026 jam 7 malam. Yes, ini bukan prank. Ini betul betul berlaku.


Morgan Jay atau nama penuhnya Morgan Jay Venticinque bukan sekadar stand up comedian biasa. Dia jenis yang boleh tukar ayat rawak penonton jadi lagu R&B autotune dalam masa beberapa saat. Dari situ, terus jadi punchline. Terus jadi viral. Itulah signature dia.


Nama Morgan Jay mula meletup di TikTok dan Instagram dengan jutaan followers hasil video pendek yang nampak simple tapi genius. Cerita pasal hubungan cinta yang gagal, first date yang cringe dan situasi sosial yang semua orang boleh relate. Bezanya, Morgan nyanyi semua tu dengan autotune yang smooth dan kelakar.


Digelar sebagai Auto Tune Guy, Morgan bawa gabungan unik antara muzik bossanova, R&B dan komedi improvisasi. Setiap show tak pernah sama sebab dia banyak interact dengan penonton secara live. Apa yang korang cakap boleh terus jadi lagu. Risiko tinggi, tapi itulah yang buat orang sanggup beli tiket.


Dari segi latar belakang, Morgan bukan calang calang. Anak kelahiran Amerika berdarah Brazil dan Itali ini dibesarkan di New Jersey dan merupakan graduan Tisch School of the Arts, New York University. Ya, sekolah seni yang melahirkan ramai nama besar industri hiburan. Sebab tu stage presence beliau nampak natural, jujur dan sangat connect dengan crowd.


Selain viral di media sosial, Morgan Jay juga ada kredibiliti solid dalam dunia komedi. Dia pernah muncul dalam MTV Wild ‘N Out, NBC Bring the Funny dan Comedy Central. Tahun 2023, dia dinamakan sebagai Just For Laughs New Face, satu pengiktirafan besar dalam industri. Dua special komedi beliau, I Hope My Ex Doesn’t See This dan Live At The Village kini boleh ditonton di YouTube dan masing-masing dah kumpul jutaan tontonan.


Menurut Rizal Kamal, CEO LOL Asia, penganjur yang membawa Morgan Jay ke Malaysia, kehadiran komedian ini melambangkan evolusi dunia komedi hari ini. Gabungan muzik, stand up dan budaya viral menjadikan show Morgan sesuatu yang segar dan lain daripada yang lain. Bukan sekadar lawak atas pentas, tapi satu pengalaman komedi muzikal penuh interaksi.


ree

Goofy Guy Tour bakal bermula di Tokyo pada 3 Oktober 2026 sebelum singgah ke lebih 15 bandar utama termasuk Taipei, Hong Kong, Manila, Sydney, Melbourne, Jakarta, Singapura, Bangkok, Mumbai dan Bengaluru. Kuala Lumpur menjadi salah satu hentian penting dalam jelajah besar ini.


Untuk yang dah siap sedia nak secure tiket, pre sale awal akan dibuka pada 17 Disember 2025 jam 10 pagi hingga 19 Disember 2025 jam 9 pagi waktu Malaysia. Jualan umum pula bermula 19 Disember 2025 jam 10 pagi. Harga tiket bermula serendah RM158 dan boleh dibeli menerusi lolasia.bigtix.io.


Perlu diingat, akses pre-sale hanya untuk subscriber newsletter dan pengikut media sosial LOL Asia. Jadi kalau taknak menangis bila tiket sold out, korang tahu apa nak buat.


Morgan Jay ke Kuala Lumpur bukan sekadar berita hiburan biasa. Ini isyarat bahawa komedi era digital dah masuk fasa baru. Lebih jujur, lebih spontan dan jauh lebih relatable. Kalau korang nak ketawa sambil rasa diserang secara personal, ini show untuk korang.

Comments


bottom of page