top of page

Kris Dayanti Di Malaysia dalam Konsert Cinta Nostalgia 22 Jun Ini

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Bersiaplah untuk malam penuh emosi dan magis apabila legenda muzik Indonesia, Kris Dayanti, bakal kembali menyapa peminat Malaysia menerusi Konsert Cinta Nostalgia!

 

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

Dianjurkan oleh Jaguh Baru Entertainment, konsert istimewa ini menjanjikan malam yang sarat dengan kenangan indah melalui rangkaian lagu-lagu ikonik Kris Dayanti seperti Mencintaimu, Menghitung Hari, Cobalah Untuk Setia, dan banyak lagi.

 


Menariknya, pihak penganjur turut menawarkan harga tiket baharu yang lebih berpatutan untuk tempoh masa terhad.

 

Tiket kini boleh didapati bermula serendah RM150 hingga RM666, bergantung kepada kategori tempat duduk seperti VIP, VVIP, dan zon-zon nostalgia yang dinamakan berdasarkan judul lagu popular Kris Dayanti.

 

Tiket boleh dibeli menerusi laman web rasmi https://cintanostalgia.ubertickets.asia 

 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh magis ini bersama artis Nusantara. Siapa cepat, dia dapat!



コメント


bottom of page