top of page

Konsert Terbaharu Exists, EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ, Oktober Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan legenda rock Malaysia, EXISTS, bakal menggegarkan pentas JioSpace, Petaling Jaya menerusi konsert eksklusif EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ pada 4 Oktober 2025.

 

Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa ia menjanjikan pengalaman premium yang sebenar, baik dari aspek muzik, kualiti audio, suasana lebih intim, sehinggalah kepada penghargaan eksklusif buat peminat yang hadir.

 

Diterajui oleh anggota asalnya Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad, EXISTS terus membuktikan kekuatan mereka sebagai antara band paling relevan sejak awal 90-an hingga kini.

 

Menurut Sean Ng dari JioBuddy, selaku penganjur, konsert ini disusun dengan pendekatan berbeza daripada siri-siri konsert mereka yang lalu.

 

Meskipun EXISTS sering muncul dalam pelbagai pentas dan acara, namun EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ dijanjikan sebagai versi mewah.

 

“Muzik kami akan menyentuh dan menjalar dalam tubuh peminat dengan rasa yang sangat premium,” ujar Along.

 

Mereka juga menjanjikan peminat bakal menikmati persembahan yang eksklusif dan penuh keistimewaan termasuk peluang untuk 100 peminat bertuah bergambar secara peribadi bersama semua anggota EXISTS.

 

Tiket konsert boleh dibeli dalam tiga kategori utama iaitu Premium (RM588), VIP (RM488), dan Diamond (RM368).

 

Tiket boleh didapati melalui laman web rasmi www.jiotix.asia atau hubungi talian +6011 1660 1122 untuk pembelian oleh OKU sahaja.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh kenangan dan kemewahan ini!


Comentários


bottom of page