Konsert Red Giant Jeff Satur Bakal Menggegarkan Zepp KL Sabtu Ini!
- Atiqah Halim

- 4 days ago
- 2 min read

Bersedia, Saturdayss Malaysia! Bintang Thailand yang penuh karisma, Jeff Satur, akhirnya bakal menggoncang pentas Zepp Kuala Lumpur pada 15 November 2025 (Sabtu) menerusi siri konsert solo Red Giant Tour 2025.
Ini bukan sekadar konsert, ia juga merupakan satu immersive experience yang dijanjikan penuh emosi, visual megah dan sentuhan peribadi khas buat peminat tegar Jeff.

ZON TIKET & HARGA
Mengikut pelan tempat duduk rasmi yang dikeluarkan di laman Fantopia.io, peminat boleh memilih antara beberapa kategori:
VIP Box (8 pax) – RM4884
PS1 (Standing) – RM598
PS2 (Seating) – RM498
PS3 (Seating) – RM398
(Tidak termasuk caj tempahan RM4)

VIP BENEFIT PACKAGES — “SUN” & “MOON”
Untuk mereka yang nak more than just a concert, dua pakej eksklusif disediakan:
Sun Package – RM436
Nikmati full experience termasuk:
• Red Giant’s Visit – sesi sembang & foto kad ditandatangani (10 saat!)
• 1:1 photo session dengan Jeff Satur
• Akses ke soundcheck, hi-touch experience, send-off session
• Poster rasmi bertandatangan
• VIP laminate, lanyard & peluang priority merchandise shopping
Moon Package – RM336
Masih eksklusif, tapi dengan elemen cabutan bertuah:
• 25 peminat bertuah berpeluang untuk talk & signed photocard dan 1:1 photo
• 100 peminat untuk 1:10 group photo
• Akses penuh ke soundcheck, hi-touch, send-off session dan poster autograf
Kalau ikut trend di negara lain, Red Giant Tour bukan sekadar konsert, ia pengalaman audio visual yang mempamerkan sisi sinematik Jeff, lengkap dengan visual deep red, mood introspektif, dan vokal yang padu.
Malaysia bakal jadi satu lagi destinasi penting dalam siri Asia yang juga menjelajah Singapura, Taiwan, dan Jepun.
Tanda di kalendar korang: 15 November 2025, Zepp KL bakal berubah jadi galaksi merah Jeff Satur. Untuk pembelian tiket dan info lanjut, layari Fantopia.io atau pantau media sosial rasmi iMe Malaysia.









Comments