top of page

Konsert For You Nourul Buka Peluang Peminat Jadi Duet Di Pentas Besar

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 14 minutes ago
  • 1 min read

Kalau biasa kita tengok peminat duduk dalam crowd sambil nyanyi kuat-kuat, kali ini lain cerita. Konsert For You Nourul tiba-tiba jadi perhatian bila penyanyi terkenal, Nourul Depp, buka peluang khas untuk peminat naik pentas jadi duet partner beliau sendiri. Kalau kena rezeki, boleh nyanyi sekali depan ribuan penonton.

Menurut konsep yang diumumkan, peminat yang berminat perlu jadi pembeli tiket konsert, rakam video nyanyian lagu pilihan yang disenaraikan, dan muat naik ke media sosial dengan tag rasmi serta hashtag #ForYouNourul. Mudah, tapi yang susahnya… berani atau tidak?


Nourul sendiri menekankan dia tak mencari kesempurnaan vokal. Apa yang dia nak ialah emosi dan kejujuran dalam nyanyian. Ianya sesuatu yang buat dia “rasa sesuatu” bila di atas pentas nanti. Dan jujurnya, konsep macam ni memang jarang kita nampak dalam konsert artis Malaysia.


Lebih menarik, tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 15 Mei 2026, jadi masih ada masa untuk peminat kumpul keberanian, pilih lagu, dan rakam video terbaik mereka.


Kalau selama ini anda hanya nyanyi dalam bilik mandi atau dalam kereta, mungkin inilah masanya untuk naik level sikit. Siapa tahu, dari video TikTok biasa-biasa… boleh jadi momen paling besar dalam hidup.

Comments


bottom of page