top of page

KLP48 Umum Konsert Ulang Tahun Pertama “BLOOM” 16 Ogos Ini Di Zepp KL

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 22 hours ago
  • 1 min read

Genap setahun menabur bakat dalam industri hiburan tanah air, kumpulan idola tempatan KLP48 bakal meraikan pencapaian istimewa mereka menerusi konsert ulang tahun pertama berjudul “BLOOM”, yang akan berlangsung pada Sabtu, 16 Ogos 2025, bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

 

Konsert ini menjadi simbolik kepada perjalanan setahun KLP48 yang penuh kenangan, kerja keras dan pertumbuhan, sekaligus menjadi medan untuk menghargai sokongan para peminat sejak penubuhan mereka pada tahun 2024.

 

Konsert “BLOOM” turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa kumpulan idola popular dari Indonesia, JKT48, serta penyanyi sensasi tempatan Ismail Izzani dan kumpulan COËX, menjanjikan gabungan persembahan pelbagai warna dan genre.

 

Dengan kolaborasi merentas negara serta penyertaan nama-nama besar dalam industri, ia pastinya menjadi malam penuh kenangan buat peminat yang telah menyokong mereka sejak hari pertama.

 

Jualan tiket bermula Khamis, 3 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari sehingga Jumaat, 15 Ogos 2025 jam 11.59 malam, dan boleh didapati menerusi laman web rasmi www.excitix.com.my.

 

Konsert ini bakal menjadi satu detik bermakna buat KLP48 dan peminat untuk sama-sama meraikan kejayaan dan mengenang permulaan perjalanan mereka dalam dunia hiburan tempatan.

 

Jom sambut bersama-sama kejayaan mereka Ogos ini!


Comments


bottom of page