Kilauan Emas 2025 Minggu Ketiga: Zekrai Raih Tempat Pertama, Kinar Unggul 3 Kali Berturut-Turut
- kaypohmedia
- 1 day ago
- 2 min read
Persaingan semakin sengit dalam Kilauan Emas 2025 minggu ketiga apabila Zekrai berjaya mendaki ke tangga pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 75.88%. Kedudukan itu diikuti rapat oleh Zanie dengan 75.11% dan Majid yang mengutip 74.05%, sekali gus melengkapkan senarai tiga peserta terbaik minggu ini.

Selain kedudukan markah, sorotan malam ini semestinya tertumpu kepada Kinar yang sekali lagi mencuri perhatian juri dan penonton. Dengan persembahan bertenaga dan vokal mantap, Kinar terus mengekalkan prestasi luar biasa apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week untuk kali ketiga berturut-turut. Konsistensi ini menjadikan Kinar antara peserta yang paling digeruni dalam saingan musim ini.
Minggu ini tampil dengan tema “Inilah KITA”, yang memberi penghormatan kepada karya-karya tempatan. Para peserta mendendangkan lagu-lagu ciptaan komposer Malaysia yang pernah dipopularkan oleh penyanyi tanah air. Semangat patriotik ini bertepatan dengan sambutan Bulan Kemerdekaan, menjadikan pentas Kilauan Emas lebih meriah dan penuh jiwa kebangsaan.
Namun, bukan semua peserta berjaya mengekalkan momentum. Malam penuh emosi ini menyaksikan Vijay diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, sekali gus menamatkan perjalanan beliau di pentas Kilauan Emas 2025.
Keputusan Penuh Kilauan Emas 2025 Minggu Ketiga
Zekrai – Alhamdulillah (Too Phat ft Yassin & Dian Sastrowardoyo) – 75.88%
Zanie – Awan Yang Terpilu (Ning Baizura) – 75.11%
Majid – Ada (M. Nasir) – 74.05%
Nawary – Srikandi Cintaku (Bloodshed) – 73.79%
Ezan – Samudera (Nora) – 72.43%
Mazleen – Sumayyah Versi Anisah Rahman (Hijjaz) – 72.17%
Shah – Hancurnya Istana Cinta (A. Ramlie) – 69.20%
Leeza – Mawar Putih Untuk Mama (Sharifah Aini) – 69.00%
Kinar – Keliru (Ramli Sarip) – 66.49% ⭐ (Anugerah Emas Berkilau Of The Week – 3 kali berturut-turut)
Nurul – Malam Semakin Dingin (Spin) – 66.01%
Vijay – Joget Kenangan Manis (Sudirman) – 61.31% ❌ (Tersingkir)
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), selain turut boleh distrim melalui On Demand, Astro GO dan sooka.
Comments