top of page

Juicy Luicy Bakal Temui Peminat di RIF 2025!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 2
  • 1 min read

Peminat muzik romantik dan nostalgia, bersiap sedia untuk malam penuh emosi dan kenangan kerana band terkenal dari Indonesia, Juicy Luicy bakal menggegarkan pentas RIF Fest 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2025! 


Juicy Luicy akan hadir dengan barisan lagu hits mereka seperti Lantas yang bakal menyentuh hati dan perasaan penonton. Kehadiran ini pastinya akan mencipta malam yang penuh memori buat semua. 


Penganjuran RIF 2025 ini akan menjadi platform untuk menguatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.



Harga tiket bagi sesi malam yang menampilkan Juicy Luicy telah diumumkan seperti berikut:


  • RM528 (Presale VVIP – Seated)

  • RM328 (Presale VIP – Seated)

  • RM258 (Presale Gold – Seated)

  • RM158 (Presale Platinum – Standing)

  • RM128 (Presale Silver – Seated)


Bagi anda yang tidak mahu terlepas detik manis bersama Juicy Luicy, pastikan anda dapatkan tiket seawal mungkin. Anda boleh dapatkan tiket di https://biz.bboevents.com/event/#/rif-kl25

Commenti


bottom of page