Judika Bakal Gegarkan Malaysia November Ini Dalam Konsert “Satu Malam. Satu Suara. Untuk Anda.”
- Nurul Safiah
- 16 hours ago
- 1 min read

Buat semua peminat setia Judika, bersiaplah untuk sebuah malam penuh emosi dan memori apabila penyanyi bersuara emas dari Indonesia itu kembali menjayakan konsert berskala besar di Malaysia menerusi “Satu Malam. Satu Suara. Untuk Anda.”
Konsert yang akan menghidupkan semula kenangan lama ini bakal berlangsung pada 15 November 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil!
Dibawakan secara eksklusif oleh DTR Nation, konsert ini menjanjikan persembahan bertenaga dan penuh jiwa daripada Judika yang terkenal dengan lagu-lagu balada ikonik seperti Jikalau Kau Cinta, Aku Yang Tersakiti, dan Bukan Dia Tapi Aku.

Peminat boleh mula mengikuti perkembangan terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket dan aktiviti eksklusif menerusi platform media sosial rasmi DTR Nation.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang bakal dikenang ini bersama Judika satu malam, satu suara, untuk anda.

Comments