top of page

Jiwa Kacau 2025 Gegar Bukit Jalil: Barisan Band Paling ‘Power’ Bakal Huru-Harakan Stadium!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 28
  • 1 min read

Peminat muzik rock dan alternatif tanah air, bersedialah! Konsert Jiwa Kacau 2025 bakal menggegarkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 28 Jun 2025 dengan line-up paling ‘padu’ pernah disatukan!

 

Antara nama besar yang bakal menghangatkan pentas ialah Hujan, Bunkface, Spider, The Lantis, Kerispatih dan kejutan terakhir, band terkenal dari Indonesia, Wali!

 

Enam ‘pemain’ mantap, satu pentas, satu malam “The Final Game” ini memang tak boleh dilepaskan.

 

Tiket kini boleh didapati di www.ilassotickets.com dengan pilihan harga mengikut zon.

 


Kalau anda peminat muzik yang rindukan pengalaman konsert sebenar, ini masanya. Jangan tunggu sampai tiket habis, game ini cuma berlangsung sekali!

 

Jangan tunggu lagi, pastikan anda jadi sebahagian daripada sejarah Konsert Jiwa Kacau ini. Klik, beli, dan bersedia untuk ‘kacau’ jiwa anda pada 28 Jun nanti!

 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari: www.ilassotickets.com. 



Comentarios


bottom of page