Inspektor Sani Masuk Dapur! Dapur Goodday 2 Kembali
- Tasnim Ahmad
- Feb 24
- 2 min read
Kalau korang teruja nak tengok masakan sambil diselitkan drama lawak, Dapur Goodday musim 2 memang wajib diikut! Program realiti drama masakan ni dah kembali pada 18 Februari lepas, disiarkan setiap hari jam 5.30 petang di Astro Ria dan juga boleh distrim melalui Astro GO & portal Astro Gempak.

Musim kedua ni masih mengekalkan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’, di mana setiap hidangan yang korang tengok di skrin, boleh dicuba sendiri di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya keesokan harinya. Menu berubah setiap hari mengikut resipi istimewa yang menggunakan susu Goodday, jadi pengalaman Ramadan bukan sekadar tengok, tapi rasa juga!
Watak utama kali ini adalah Inspektor Sani, yang dilakonkan oleh Zizan Razak. Dia menjalankan operasi penyamaran sebagai peniaga makanan di Kampung Hari Baik untuk menjejaki Capik, dalang dadah licik. Tapi jangan risau, drama dan komedi tetap menjadi bumbu utama sebab Inspektor Sani guna hidangan viral ciptaannya, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’, untuk mendekati penduduk kampung. Hidangan ni bukan sahaja lazat, berkrim, tapi juga special sebab semua resipi menggunakan susu Goodday sebagai ramuan utama.
Selain Zizan, program 30 minit ni turut menampilkan watak popular dari Astro seperti ASP Farouk (Fauzi Nawawi), Chao (Michael Ang), Saiful Apek, Chubb-E, Arena Wan, dan ramai lagi. Jadi, setiap episod penuh dengan gelak tawa, aksi masakan dan interaksi menarik antara watak-watak ikonik.

Yang menarik, musim kali ni, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ ditawarkan dengan harga promosi serendah RM0.99 untuk dua hari pertama Ramadan.
Kalau korang plan ke Bazar Ramadan Presint 3, selain rasa masakan, boleh juga berjumpa dengan selebriti dari program ni.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tengok Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani setiap hari jam 5.30 petang di Astro Ria atau Astro GO, dan rasa sendiri hidangan viral ni esoknya di bazar. Rasai pengalaman unik dari skrin ke pinggan, sambil ikut drama, lawak dan masakan menarik sepanjang Ramadan.



Comments