top of page

'Innovathon 3' Kembali! Astro & MOSTI Terus Bakar Semangat Inovator Muda Malaysia

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 6 days ago
  • 3 min read
ree

Program realiti TV paling ‘otak geliga’ di Malaysia, INNOVATHON, kembali untuk musim ketiga dengan tenaga baru, idea lebih segar dan semangat anak muda yang makin membara!


Diterajui oleh Astro bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), INNOVATHON 3 kekal sebagai pentas utama untuk mencungkil bakat pemikir kreatif yang berani mencari penyelesaian baharu bagi isu-isu sosial dan ekonomi negara.


Musim kali ini akan mula bersiaran 6 Disember 2025, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria, RTM1, Okey, Astro Vaanavil, Astro AEC dan Astro Showcase.


ree

56 IDEA, 1 PENTAS, SATU MISI: CIPTA SESUATU UNTUK NEGARA

Sebanyak 56 peserta dari pelbagai latar belakang telah dipilih untuk berentap selama lapan episod, masing-masing membentangkan inovasi yang diinspirasikan daripada sains, teknologi dan kreativiti rakyat Malaysia.


Yang menarik, musim ini memperkenalkan Anugerah Khas Juri; tiga kategori terbuka kepada semua jenis inovasi, tak kira sama ada datang daripada pelajar, usahawan muda, atau pencipta bebas. Lebih inklusif, lebih peluang!


Selain itu, INNOVATHON 3 juga akan menyorot kembali perjalanan produk dari musim pertama dan kedua, memberi ruang untuk mereka upgrade idea masing-masing dan terus kekal relevan dalam dunia sebenar.


BUKAN SEKADAR SHOW, INI GERAKAN INOVASI

Ketua Pegawai Kandungan Astro, Agnes Rozario, menegaskan Astro akan terus meraikan pemikir kreatif tempatan dan menyediakan platform sebenar untuk idea mereka berkembang.

“Astro mahu pastikan setiap idea yang diketengahkan diberi peluang untuk berkembang dan menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi negara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Ekonomi YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan peningkatan nilai Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan daripada RM1 juta kepada RM1.65 juta tahun ini. Berita baik untuk semua peserta yang serius mahu menjadikan idea mereka realiti.


ree

TENAGA BINTANG DI BELAKANG INOVASI

Barisan juri musim ini memang mantap. YB Chang Lih Kang (Menteri MOSTI) dan Dato’ Nor Azmie Diron (KSU Kementerian Ekonomi) menjadi Juri Tetap, bersama Erra Fazira sebagai Juri Selebriti yang akan menilai dari perspektif umum dan kreativiti persembahan.


Datuk Aznil Hj. Nawawi pula kembali sebagai mentor persembahan untuk membimbing peserta dari segi keyakinan dan cara pitch idea. Manakala duo hos karismatik Awal Ashaari dan Amelia Henderson bakal menghidupkan suasana di pentas utama.


Untuk kapsul mingguan dan behind-the-scenes, Ceddy Ang kekal dengan INNOVATHON dan INNOVATHON XTRA, siap bongkar reaksi juri dan momen lucu di sebalik tabir.


STRUKTUR PERTANDINGAN: DARIPADA ‘IDEA’ KE REALITI

Setiap episod akan tampil dengan lapan inovasi baharu, namun hanya satu akan layak ke pentas akhir. Peserta perlu lalui tiga fasa:

  1. Pengenalan Latar Belakang – pembentangan awal idea dan potensi pembangunan.

  2. Bimbingan – mentorship daripada pakar industri, usahawan dan alumni INNOVATHON.

  3. The 100 Pitch – sesi pitching depan 100 juri awam (40% markah) dan 5 juri profesional (60%).


Di pentas akhir, juri profesional akan menilai inovasi berdasarkan potensi, teknikaliti dan impak sosial sebelum memilih juara.


Hadiah? Padu. Juara bakal bawa pulang RM100,000, tempat kedua RM80,000, ketiga RM50,000, dan dua tempat saguhati masing-masing RM10,000 dan RM5,000. Semua lima finalis juga layak menerima dana pembangunan perniagaan daripada dana keseluruhan RM1.65 juta.


ree

STRIM & TONTON DI MANA SAHAJA

INNOVATHON 3 boleh ditonton di Astro Ria, RTM1, Okey, Astro Vaanavil, Astro AEC dan Astro Showcase mulai 6 Disember. Penonton juga boleh strim di Astro GO dan sooka.

Bagi yang nak feel penuh pengalaman hiburan dan sains, langgan Pek Astro One serendah RM49.99 sebulan atau tingkatkan kelajuan dengan Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan pada RM139.99 sebulan.


INNOVATHON 3 bukan sekadar rancangan TV, tetapi ia gerakan untuk menjadikan inovasi gaya hidup rakyat Malaysia. Siap sedia untuk jadi saksi kepada generasi pemikir baharu yang bakal ubah masa depan negara.


Comments


bottom of page