Helloween Gegar Kuala Lumpur Sempena Ulang Tahun Ke 40 Tahun
- Nurul Safiah
- 16 hours ago
- 1 min read

Peminat muzik metal tanah air bakal disajikan dengan sebuah konsert ikonik apabila kumpulan legenda Helloween kembali ke Malaysia pada 8 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur!
Dianjurkan oleh Rockstage Entertainment, konsert “Helloween 40 Years Anniversary Tour” ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah global Helloween sempena ulang tahun ke-40 mereka dalam industri muzik.
Selepas mencipta fenomena di pentas Eropah, Amerika Latin dan Asia, Kuala Lumpur kini menjadi destinasi seterusnya bagi kumpulan dari Hamburg, Jerman ini yang terkenal sebagai perintis genre power metal.
Antara lagu-lagu hit yang dijangka menggamatkan malam adalah I Want Out, Eagle Fly Free, Forever and One, dan Power, selain beberapa kejutan eksklusif khas untuk peminat Malaysia.
Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi konsert kerana sistem audio visual bertaraf dunia yang dimilikinya, sekali gus menjanjikan pengalaman konsert yang imersif dan berkualiti tinggi kepada para penonton.

Tiket konsert kini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.myticketempire.com dengan pelbagai pilihan pembayaran fleksibel termasuk Atome, PayLater oleh Grab, dan SpayLater oleh Shopee.
Peminat disarankan mendapatkan tiket lebih awal memandangkan sambutan yang dijangka hangat dan akan menjadi antara acara metal terbesar tahun ini.
Comments