top of page

Hael Husaini Bakal Muncul Dalam The Next Wave Bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Teka-teki akhirnya terjawab! Hael Husaini, penyanyi dan komposer berbakat besar, diumumkan sebagai artis undangan istimewa dalam Konsert The Next Wave bersama penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

 

Bakal berlangsung pada 26 Julai 2025 jam 8 malam di Stadium Tertutup Singapura, konsert ini menjanjikan malam penuh magis, mempertemukan dua figura penting dalam industri muzik tanah air atas satu pentas berprestij.

 

Gabungan eksklusif dua ikon berbeza generasi ini dijangka mencipta momen luar biasa dan memikat hati peminat dari seluruh rantau.

 

Hael, yang dikenali dengan gaya vokal unik dan persembahan penuh emosi, bakal menyemarakkan lagi aura megastar Siti Nurhaliza dalam persembahan yang dinanti-nantikan.

 


Tiket boleh didapati sekarang melalui platform rasmi https://sistic.com.sg/events/siti0725

 

 Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada momen indah ini!

Comments


bottom of page