top of page

Gelak Tanpa Henti! PodcaSTERK LIVE Turun ke 9Pickle, Setia Alam

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 3 hours ago
  • 2 min read
ree

Dah lama korang tunggu, dan sekarang masanya dah tiba! PodcaSTERK LIVE akhirnya kembali, kali ni dengan edisi yang lagi besar, lagi gempak dan confirm lagi lawak yang bertempat di 9Pickle, Setia Alam.


Acara anjuran Sterk Production dengan kerjasama Panas Express ini bakal berlangsung pada Ahad, 2 November 2025, dari 2 petang hingga 6 petang, dan berita baiknya, masuk adalah PERCUMA! Tapi sebelum korang excited gila, ada berita yang lagi best. Hanya 100 tiket Early Access disediakan khas untuk peminat tegar yang nak rasa pengalaman eksklusif bersama geng PodcaSTERK sebelum sesi utama bermula.


Bagi yang belum tahu, PodcaSTERK bukan sekadar podcast biasa. Ia sudah jadi fenomena dalam dunia hiburan digital tempatan dimana tempat geng Sterk meluahkan idea gila, sembang raw, tapi real, tentang apa saja topik trending dari hidup harian sampai hal-hal random yang buat korang ketawa tak ingat dunia. Dari YouTube ke Spotify, sekarang mereka kembali ke pentas sebenar untuk berjumpa terus dengan komuniti #GangSterk.


Untuk yang nak masuk free, korang boleh datang terus mulai jam 2 petang. Tapi kalau korang jenis yang nak duduk depan, dapat perhatian penuh dari geng PodcaSTERK, dan dapat goodies eksklusif, Early Access Ticket memang wajib korang rebut.


ree

Dengan Early Access, korang boleh masuk seawal jam 12 tengah hari, dapat tempat duduk VIP, sesi meet & greet ringkas sebelum show, priority masa sesi bergambar, dan dapat merchandise khas seperti totebag, lanyard, sticker dan kad penghargaan. Pendek kata, full experience!


Acara ni dijangka jadi tempat lepak ultimate untuk geng #GangSterk, tempat korang boleh bergelak bersama komuniti yang sama vibe, sambil tengok idola korang buat konten secara live depan mata. Memang takkan ada second take kali ni. Semua spontan, semua real, macam dalam podcast mereka!


Jom join crowd paling sporting di PodcaSTERK LIVE @ 9Pickle Setia Alam.


📍 Lokasi: 9Pickle, Setia Alam

🗓️ Tarikh: Ahad, 2 November 2025

🕑 Masa: 2PM – 6PM (Early Access: 12PM)

💸 Masuk Percuma | 100 Tiket Early Access Sahaja!

🎁 Early Access Benefit: Meet & Greet, VIP Seat, Goodies Eksklusif


ree

Event ni dibawakan oleh Sterk Production dengan sokongan Panas Express dan kalau korang tak datang, jangan pelik kalau FYP korang nanti penuh dengan klip orang lain yang dah enjoy dulu.


 
 
 

Comments


bottom of page