top of page

Fourth Nattawat Menggayakan Gentle Monster BOLD Collection 2025 dengan Membawakan Aura ‘Timeless'

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 9 hours ago
  • 1 min read
ree

Kalau sebut pasal Gentle Monster, terus terbayang kaca mata futuristik yang berani lain macam kan? Kali ni label Korea itu kembali dengan The BOLD Collection 2025, iaitu koleksi avant-grade yang tampil dengan rekaan penuh eksperimen, siap ada detail jambatan ala perisai (Shield-inspired bridge) yang memang buat orang dua kali pandang.


Tapi yang buat peminat Thailand lagi tak senang duduk, tak lain tak bukan, Fourth Nattawat Jirochtikul sebagai wajah utama untuk kempen ini di rantau Asia Tenggara. Dalam siri foto yang tular sejak September 2025, Fourth tampil dengan penuh bold elegance, seolah-olah dia memang lahir untuk menyarung kaca mata Gentle Monster.


ree

Bukan sekadar jadi model, Fourth turut diberi label sebagai figura yang menambah “timeless presence” serta menyuntik “charm and fire” dalam keseluruhan kempen. Kalau global spotlight Gentle Monster masih milik Tilda Swinton yang dikenali dengan karisma artistiknya, Fourth pula berjaya membawa aura segar untuk pasaran Asia, terutamanya di tanah airnya.


ree

Lebih manis, pelancaran koleksi ini berlangsung megah di butik Gentle Monster, Siam Paragon, Bangkok. Bayangkan ruang penuh dengan rekaan seni kontemporari Gentle Monster, dipadankan pula dengan kehadiran Fourth yang jadi pusat tumpuan buat peminatnya. Memang habis bergaya.


Dengan gabungan Tilda Swinton di pentas global dan Fourth Nattawat di Asia, The BOLD Collection 2025 seakan-akan nak tunjuk pada dunia bahawa fesyen kaca mata bukan sekadar aksesori, tapi juga melambangkan personaliti yang berani.


Jadi, siapa kata Gentle Monster hanya untuk yang berani? Dengan gaya Fourth, dia menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh cuba tampil bold, asalkan berani melangkah keluar dari zon selesa.


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page